Wednesday, April 4, 2012

..apabila wanita jatuh cinta..

apabila seorang wanita jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

apabila seorang perempuan itu mengalirkan air matanya,
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

apabila seorng perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaaannya,
tapi percayalah,
itu maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat.

apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
buakn untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda seperti anak kecil 
yg masih memerlukan sepenuh perhatian.

apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukanya mahu dipujuk dngan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU',
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

apabila perempuan kata dia rindu,
dia benar benar maksudnya.
apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tetapi dia mahu melihat 
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
hati perempuan sangat lembut.
andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikiranya dalam masa sesaat.

selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik
di matanya 
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik

kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang di beri.


biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan tersendiri
jika mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

jadi hargailah kehadiran seorng perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetepi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak anak anda. 

..end..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...